Tuesday, December 28, 2010
Success
i) Allahumma yassir wa la tu'assir (O Allah: Make things easier for me and don't make them difficult).
ii) Rabbishrah li sadri wa yassir li amri: (O my Lord: Open my heart for me and make my task easier for me).
iii) Rabbanaa Atina fiddunya hasanatan wa fil aakhirati hasanatan waqina azabannar (O my our Lord: give us the goodness of this world and the goodness of the hereafter and save us from the punishment of fire).
The key to getting our wishes answered is to pray to the Almighty with sincerity, understanding and from the heart. That was the way of the Prophet.
Monday, November 8, 2010
Qada dan Qadar - Banjir Perlis, Kedah & Kelantan (Zulkaedah 1431H)
"TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN" - Khutbah Jumaat - 18 JANUARI 2008
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh kesungguhan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi semua laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa, kerana ketakwaan yang sebenar mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Jesteru, kita perlu menilai atau memuhasabah diri setiap hari semoga kita akan benar-benar mengikuti segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya, hanya orang-orang bertakwa sahaja yang akan mendapat perlindungan dari Allah SWT semasa di Padang Mahsyar kelak.
Para tetamu Allah yang mulia,
Jika kita melihat ujian Allah seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, kebakaran hutan dan juga gempa bumi, sebagai umat Islam, kita perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada makhlukNya. Setiap peristiwa yang berlaku, pastinya mempunyai iktibar yang perlu dikaji dan diteliti oleh umat manusia dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Segala peristiwa ini juga akan membawa kita merujuk kepada konsep beriman kepada qada’ dan qadar. Beriman kepada qada’ dan qadar bermaksud kita meyakini dengan sebenar-benarnya keyakinan bahawa Allah SWT penguasa alam semesta ini juga mengaturkan apa jua yang ada di dalam alam ini. Tiada suatu kuasa yang boleh menghalang Allah SWT dan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan kebijaksanaanNya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 117 :
“Allah jualah yang pencipta langit dan bumi (dengan segala rupa keindahan). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka ia hanya berkata kepadanya : “Jadilah engkau, lalu jadilah ia”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Baru-baru ini, negara kita dan beberapa negara yang berhampiran seperti Bangladesh, Thailand, Indonesia dan Filipina telah dilanda banjir besar. Malah Musibah banjir yang berlaku baru-baru ini telah membawa kemusnahan harta benda, rumah dan juga tanam-tanama. Ini merupakan sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai hambaNya yang beriman dan bertakwa, kita perlu meyakini bahawa segala yang berlaku mempunyai pengajaran yang perlu dikaji oleh setiap orang yang mengaku beriman kepadaNya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakan-rakan dan jiran tetangga kita sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku dan terus berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan penuh rasa kesedaran serta menerimanya sebagai ketentuan Allah SWT .
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 156:
“(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bencana seperti banjir yang berlaku memberikan pengajaran kepada umat manusia untuk menilai semula apa yang dilakukannya di dunia ini. Malah proses untuk memperbaiki kerosakan dan kemusnahan serta membangunkan semula semua kemudahan sedia ada, adalah sesuatu yang sukar. Sering kali, perbelanjaan yang perlu di keluarkan oleh individu atau pihak kerajaan adalah tinggi dan kadangkala boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.
Kesabaran yang tinggi dalam menghadapi bencana perlu wujud pada dua pihak, iaitu :
Pertama - Kepada mereka yang ditimpa bencana. Sudah pasti rumah, peralatan-peralatan elektrik, kereta, perabot dan pakaian mereka telah musnah dan rosak. Mereka juga mungkin terpaksa dipindahkan ke pusat p emindahan banjir yang kadangkala dalam tempoh yang agak lama. Suasana di pusat-pusat pemindahan pastinya tidak selesa, tidak sama dengan rumah mereka sendiri. Musibah ini merupakan satu cabaran atau hanyalah satu ujian yang kecil di sisi Allah SWT kerana masih terdapat banyak lagi ujian-ujian yang perlu dilalui oleh manusia yang beriman. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 :
“Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Sampaikanlah berita gembira kepada kepada orang yang sabar”.
Apa yang diharapkan ialah, dengan masalah yang mereka lalui, mereka akan terus berusaha dengan lebih tekun, bersungguh-sungguh, berdoa serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka harus mempunyai amalan untuk sentiasa mengingati peringatan-peringatan daripada Allah SWT kerana semuanya adalah daripada Allah.
Kedua, kesabaran juga perlu ada kepada yang tidak terkena musibah atau bencana. Mereka yang selamat perlu bersyukur dan membantu rakan-rakan, saudara mara dan jiran tetangga mereka yang ditimpa bencana. Kita perlu terus membantu mereka dengan segala upaya yang ada pada kita. Mereka mungkin telah kehilangan segala-galanya seperti rumah, pakaian, makanan dan keperluan-keperluan asas lain. Kesusahan yang mereka alami perlu difahamai. Berikanlah mereka semangat dan harapan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Di sini kita perlu merujuk kepada konsep persaudaraan dalam sirah umat Islam di Madinah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kita perlu melihat dan mengikuti amalan kebaikan dan pertolongan yang telah diberikan oleh golongan Ansar kepada golongan Muhajirin ketika di Madinah. Hubungan yang mulia dan akrab ini perlu di buktikan oleh umat Islam di negara ini, terutamanya apabila terdapat umat Islam yang ditimpa bencana saperti banjir, ribut dan kebakaran. Kesabaran yang berterusan ini amat diperlukan bagi membantu mereka yang ditimpa musibah. Malah dalam ajaran Islam, kita berkewajipan untuk membantu jiran tetangga kita yang hidup dalam kesusahan, terutamanya mereka yang seagama dengan kita, kerana ia adalah sebagai satu tuntutan dan bukti orang yang beriman kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud :
“Bukanlah orang mukmin yang tidur kekenyangan sedang jiran di sebelahnya tidur kelaparan”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai kesimpulannya, dalam menghadapi bencana dan musibah, marilah kita menghayati prinsip keimanan kepada qada’ dan qadar yang menjadi asas kehidupan seorang mukmin ahli Alsunnah waljamaah. Setiap mukmin yang beriman kepada qada’ dan qadar akan merasa lapang dada dan merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa. Jika dia ditimpa kesusahan atau tidak tercapai apa yang dicita-citakan setelah dia berusaha dengan sebaik-baiknya, dia tidak sekali-kali menyesal atau merasa kecewa.
Jika seseorang itu diberikan nikmat, rahmat serta rezeki yang melimpah-ruah, mereka tidak akan terlalu gembira sehingga lupa dengan Allah SWT. Bagi mereka yang tidak ditimpa musibah, mereka akan terus bersyukur kepada Allah SWT dan akan membantu mereka yang tidak bernasib baik. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keihklasan dan memohon keredhaan daripada Allah SWT, kerana harat dan pendapatan yang diperolehinya di dunia ini, perlu dibelanjakan ke jalan Allah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
(Al-Hadiid:20)
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan), juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan), kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak”.
Tuesday, November 2, 2010
Word of the Day
Head of state is the common word used to refer to the individual or collective office that serves as the chief public representative of a monarchy, republic, federation, commonwealth or other kind of state. His or her role generally includes personifying the continuity and legitimacy of the state and exercising the political powers, functions and duties granted to the head of state in the country's constitution and laws.
A monarchy is a form of government in which all political power is absolutely or nominally lodged with an individual, known as a monarch ("single ruler"), or king (male), queen (female).
Keywords: Red color
http://en.wikipedia.org/
Tuesday, September 28, 2010
Monday, September 27, 2010
Pantang masa dok tengah kayuh gerek
Wednesday, September 15, 2010
KPLR '10
Sapa p lagi: Geng kami kalau x dak arai aku, nazeri, azam & ari..
P ngan apa: Kayuh ngan apa pun x pa, janji bulih naik bukit turun bukit jumpa hatyai..
Nak kena bawak apa: Diri, gerek, jiwa, nafsu, ilmu, akai, iman dan sikit benda2 lain yg berkenaan..
Wednesday, September 8, 2010
Thursday, August 19, 2010
Masalah Politik Semasa; Satu Jawapan
Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.
Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.
Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!
Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.
Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.
Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!
Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.
Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?
Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!
Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”
Monday, August 9, 2010
Kinabalu (Cont.)
Praise be to Allah the Almighty,
Takbeer, tasbeeh, tahmeed and tahleel: there is no power and no strength except with Allah, as much as the number of Your creation, as much as pleases You, as much as the weight of Your Throne, and then I ask for my need.
And Allah knows best.
Monday, August 2, 2010
Tuesday, July 20, 2010
Kuatkan Kerjasama Seumpama Satu Bangunan
Lebih lagi terhadap sesama umat muslim. Bahkan Islam mengibaratkan persaudaraan dan pertalian sesama muslim itu seperti satu bangunan, di mana struktur dan unsur bangunan itu saling memerlukan dan melengkapi, sehingga menjadi sebuah bangunan yang kukuh, kuat dan lebih bermanfaat.
Rasulullah saw. bersabda:
“Orang mukmin itu bagi mukmin lainnya seperti bangunan, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain. Kemudian Nabi Muhammad mengabungkan jari-jari tangannya. Ketika itu Nabi Muhammad duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bantuan. Nabi hadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: Tolonglah dia, maka kamu akan mendapatkan pahala. Dan Allah menetapkan lewat lisan Nabi-Nya apa yang dikehendaki.” Imam Bukhari, Muslim, dan An Nasa’i.
Penjelasan:
Abu Musa, bernama asli Abdullah bin Qais.
المؤمن للمؤمن Sebagian mukmin atas sebagian mukmin lainnya, كالبنيان adalah seperti bangunan.
يشد بعضه بعضاً Sisi kesamaannya dengan bangunan adalah pada sikap saling menyokong. ثم شبك بين أصابعه Inilah penjelasan tentang kemiripan keadaan kaum mukminin yang saling menguatkan.
Dari penjelasan ini dapat disimpulkan bahawa siapapun yang ingin memberi penjelasan lebih detail dalam berbicara dapat menggunakan gerakan atau peragaan, agar lebih mudah difahami dan berkesan dalam hati.
وكان النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ جالساً ، إذ جاء رجل يسأل ، أو طالب حاجة Ketika itu Nabi Muhammad duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bantuan. Penggabungan kata thalib dengan haajah, dalam riwayat lain: kata thalib dibaca tanwin dan hajatan dibaca nashab (fathahatain).
أقبل علينا بوجهه Rasulullah saw. menghadapkan wajah mulianya kepada kami, lalu bersabda: اشفعوا tolonglah keperluan orang yang meminta bantuan ini, dengan kebaikan, maka تؤجروا kalian akan mendapatkan balasan. Firman Allah swt.:
“Barangsiapa yang memberikan syafa’at yang baik, niscaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) dari padanya. dan barangsiapa memberi syafa’at yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) dari padanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” An Nisa’: 85
At Thabrani meriwayatkan dengan sanad shahih dari Mujahid berkata: “Ayat di atas berbicara tentang tolong-menolong sesama manusia. Kesimpulan maknanya adalah bahawa orang yang memberikan pertolongan kepada orang lain, maka ia mendapatkan bahagian kebaikan, dan barang siapa tolong-menolong dalam kebatilan maka ia mendapatkan bahagian dosa.
Syafaat hasanah yang disebutkan dalam ayat di atas adalah pertolongan dalam kebaikan, melindungi hak sesama muslim, menghilangkan keburukan atau mendapatkan kebaikan, mencari redha Allah, tidak ada risywah atau suap. Pada masaalah yang mubah atau boleh atau tidak terlarang, tidak untuk menggagalkan salah satu had atau hukum jenayah yang telah Allah tetapkan, tidak pula untuk menghilangkan hak orang lain.
Qadhi Iyadh berkata: Tidak ada pengecualian dari ruang pertolongan yang dianjurkan kecuali dalam masalah had atau jenayah yang telah Allah tetapkan. Maka dalam masalah yang tidak ada ketentuan had terutama bagi orang yang tidak sengaja, dan dikenal sebagai orang bersih, pertolongan sangat dianjurkan. Selanjutnya ia mengatakan: Adapun bagi orang yang terbiasa dengan tindakan destruktif, terkenal sebagai ahlul bathil maka tidak berlaku syafaat bagi mereka, agar dapat menjadi pencegah kemaksiatannya.
Ungkapan Iyadh ini didukung oleh riwayat Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab shahihnya dari Aisyah ra.
ويقضي الله على لسان نبيه ما شاء Dan Allah meluluskan hajat atau tidak meluluskannya adalah ketentuan dan takdir Allah.
Dari hadits ini dapat diambil pelajaran, di antaranya:
Wednesday, July 7, 2010
SIFAT ZUHUD DAN LEMAH LEMBUT
Hadis Abu Hurairah r.a:
Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Ada tiga orang dari Bani Israel (seorangnya) ditimpa penyakit sopak, seorangnya berpenyakit gugur rambut dan seorang lagi buta. Maka Allah telah menguji ketiga-tiganya dengan mengutus kepada mereka seorang Malaikat. Malaikat tersebut telah mendatangi orang yang berpenyakit sopak dan bertanya kepadanya Apakah yang paling engkau sukai? Orang itu menjawab: Warna yang elok serta kulit yang baik dan sembuh dari kotoran yang menyebabkan manusia memandang jijik kepadaku (penyakit sopak). Maka Malaikat tersebut menyapunya (tempat sakitnya) lalu hilanglah penyakit itu (sembuh) dan diberi warna serta kulit yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Unta atau Lembu (syak rawi) Ishak syak samada orang berpenyakit Sopak atau orang yang tiada rambut di mana seorang dari mereka menjawab unta dan seorang lagi menjawab lembu. Maka dia diberikan unta yang mengandung sepuluh bulan. Orang itu mendoakan semoga Allah memberkati perbuatannya itu. Kemudian Malaikat tersebut telah datang menemui orang yang berpenyakit gugur rambut lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Rambut yang elok dan sembuh dari penyakit yang menyebabkan manusia memandang jijik kepadaku. Malaikat menyapunya (tempat sakit) lalu hilanglah penyakitnya dan diberikan rambut yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Lembu. Maka dia diberikan seekor lembu yang sedang mengandung. Dia mendoakan keberkatan dari Allah atas perbuatannya. Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula seorang yang buta lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Aku ingin Allah mengembalikan penglihatanku semoga aku dapat melihat manusia. Malaikat menyapu matanya, maka Allah mengembalikan penglihatan kepada beliau. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang amat engkau sukai? Dia menjawab: Kambing biri-biri maka dia diberikan seekor biri-biri yang telah melahirkan anak. Maka kedua-dua (lelaki berpenyakit sopak dan yang tiada rambut) menguruskan kelahiran unta dan lembu begitu juga halnya dengan lelaki buta. Selepas sekian lama, maka bagi lelaki yang berpenyakit sopak telah memiliki satu lembah dari unta, bagi lelaki yang berpenyakit gugur rambut telah memiliki satu lembah dari lembu dan bagi lelaki yang buta telah memiliki satu lembah dari kambing biri-biri. Nabi s.a.w menyambung lagi: Kemudian Malaikat tersebut datang berjumpa lelaki yang berpenyakit sopak dengan jelmaan sebagaimana keadaan lelaki itu sebelumnya dan dia mengadu kepada lelaki tersebut: Aku seorang lelaki miskin yang telah kehabisan bekalan semasa aku bermusafir. Aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu pada hari ini melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon dari mu demi Allah Yang telah memberikan kepadamu warna serta kulit yang baik dan juga harta seekor unta yang boleh membantu aku meneruskan perjalanan sepanjang musafirku. Maka lelaki itu menjawab: Aku mempunyai banyak tanggungan (menyebabkan aku tidak boleh memberikannya kepadamu). Malaikat itu berkata kepada lelaki itu: Aku rasa aku mengenalimu. Tidakkah engkau dahulunya berpenyakit sopak dan manusia memandang jijik kepadamu? (Tidakkah engkau) Seorang yang fakir lalu Allah mengurniakan kepadamu (harta)? Lelaki itu menjawab: Aku mewarisi harta ini dari warisan orang tuaku. Malaikat itu berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat tersebut pula datang berjumpa orang yang berpenyakit gugur rambut seperti lelaki tadi dan bertanya seperti dia bertanya kepada lelaki berpenyakit sopak, keadaannya sama seperti yang berlaku ketika Malaikat tersebut meminta dari lelaki yang berpenyakit kusta. Malaikat berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat itu datang pula berjumpa lelaki yang buta dengan jelmaan seperti seorang yang buta lalu mengadu: Aku seorang lelaki pengembara yang miskin. Aku telah kehilangan kenderaan semasa musafir, maka aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon darimu demi Allah Yang telah mengembalikan penglihatanmu seekor kambing biri-biri yang boleh membantu aku meneruskan perjalananku. Lelaki itu berkata: Aku sebelum ini adalah seorang yang buta, Allah telah mengembalikan penglihatanku, oleh itu ambillah apa yang engkau mahu dan tinggal apa yang engkau tidak mahu. Demi Allah, aku tidak akan menegah dan mengungkit kembali pemberianku kepada kamu untuk mengambil apa yang engkau kehendaki kerana Allah. Malaikat berkata: Jagailah hartamu. Sesungguhnya kamu semua telah diuji oleh Allah. Allah telah meredai kamu dan membenci dua orang sahabatmu.
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Tuesday, June 29, 2010
Participation
When their arguments were refuted and their incapability became clear, when truth was made manifest and falsehood was defeated, they resorted to using their power and strength, and said:
Tafsir Ibn Kathir, 21. Al-Anbiya
Wednesday, June 23, 2010
Iklan..
KULIAH DHUHA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI (27 JUN 2010) DI SURAU AN-NUR, ABI PADANG MACHANG, PERLIS
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI akan mengunjungi Surau An-Nur Abi Padang Machang pada hari Ahad 27 Jun 2010 dan akan menyampaikan Kuliah Dhuha.
p/s:ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
Monday, June 21, 2010
Bicycle Harajuku's in full bloom.
Bikes in Harajuku.
Try and find a way, fewer people will drop handle, rubber grip handle style system that was cut short almost up. At first I thought that is cool, and not all the same Well boring?
The cushions are wrapped in horizontal pipes, and to carry it.
I wanted to make one too.
Tuesday, June 15, 2010
My cheap cheap Single Speed
Monday, June 14, 2010
Perasmian Surau Al-Hidayah Padang Kota
- Jamuan (Nasi) dan bersurai
Tuesday, June 8, 2010
Sifat Yahudi
Al- Baqarah
[67]Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
[68]
Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
[69]
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
[70]
Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
[71]
Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
[72]
Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
P.S. Sila rujuk bahagian Buku elektronik di bawah untuk pejelasan lanjut
Tuesday, May 25, 2010
Allah menjawab dalam setiap bacaan al-Fatihah
Bismillahirrahmanirrahim
Riwayat Muslim 3/94, hadis no 904
Allah berfirman : Aku telah membahagikan solat antaraku dan antara hambaku dua bahagian. Dan bagi hambaku apa ia pinta. Maka apabila hamba berkata (Alhamdulillahirabbil alamin). Allah Taala menjawab : Hambaku memujiku. Dan apabila ia berkata (Arrahmanirrahim). Allah berfirman : Hambaku telah memuja muji ke atasku. Dan apabila ia berkata (Malikiyaumiddin). Allah menjawab : hambaku memuliakan aku - dan ia berkata hambaku menyerahkan kepadaku - Dan apabila dia berkata (Iyyakana'budu wa iyyakanasta'in). Dia berfirman : Ini diantaraku dan antara hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang ia pinta. Dan apabila ia membaca (Ihdinassirotolmustaqim..........waladdollin). Maka Allah menjawab : Ini adalah untuk hambaku, dan baginya apa yang ia minta.
:wassalam
Friday, May 14, 2010
Bicara tentang RINDU
Kesinambungan daripada cinta maka akan terbit perasaan rindu pada yang dicintai. Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.
Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.
Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.
Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :
“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.
Biar kefahaman lebih jelas, elok kiranya saya terangkan pembahagian syahid di sisi para ulama. Terdapat tiga jenis syahid seperti yang diterangkan oleh para ulama yang mensyarahkan kitab Jauharah Tauhid .
Pertama: Syahid Dunia- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.
Kedua: Syahid Akhirat- Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perut dan taun, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat.
Ketiga: Syahid Dunia dan Akhirat- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.
Maka jelaslah bagi kita, sang perindu juga (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga rindunya terhadap kekasihnya dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.
Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.
Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.
Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.
Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak saya perhatikan orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.
Saya menulis sebegini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuan saya. Tujuan saya biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak.Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.
Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.
Biar orang membenci, tapi hati kita tetap mencintai.Biar orang lupakan kita, tapi kita tetap merindui . Fikir-fikirkanlah.
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH HAYYU 10,
KAHERAH MESIR
artikel ini dipetik dari nazrulnasir.blogspot.com
Tuesday, April 27, 2010
We will witness the day
Faiz Ahmed Faiz
Hum dekhenge
Lazim hai ke hum bhi dekhenge
Wo din ke jis ka wada hai
Jo lauh-e-azl mein likha hai
Jab zulm-o-sitam ke koh-e-garan
Rooi ki tarah ur jaenge
Hum mehkoomon ke paaon tale
Ye dharti dhar dhar dharkegi
Aur ahl-e-hakam ke sar oopar
Jab bijli kar kar karkegi
Jab arz-e-Khuda ke kaabe se
Sab but uthwae jaenge
Hum ahl-e-safa mardood-e-harm
Masnad pe bethae jaenge
Sab taaj uchale jaenge
Sab takht girae jaenge
Bas naam rahega Allah ka
Jo ghayab bhi hai hazir bhi
Jo manzar bhi hai nazir bhi
Utthega an-al-haq ka nara
Jo mai bhi hoon tum bhi ho
Aur raaj karegi Khalq-e-Khuda
Jo mai bhi hoon aur tum bhi ho
Translation
We shall Witness
It is certain that we too, shall witness
the day that has been promised
of which has been written on the slate of eternity
When the enormous mountains of tyranny
blow away like cotton.
Under our feet- the feet of the oppressed-
when the earth will pulsate deafeningly
and on the heads of our rulers
when lightning will strike.
From the abode of God
When icons of falsehood will be taken out,
When we- the faithful- who have been barred out of sacred places
will be seated on high cushions
When the crowns will be tossed,
When the thrones will be brought down.
Only The name will survive
Who cannot be seen but is also present
Who is the spectacle and the beholder, both
I am the Truth- the cry will rise,
Which is I, as well as you
And then God’s creation will rule
Which is I, as well as you
Wednesday, April 7, 2010
Insan tawaduk sentiasa merendah diri, bijak bicara
Oleh Hashim Ahmad
bhagama@bharian.com.my
Berjalan atas bumi ini dengan tenang, usah sombong, jangan angkuh dan tidak bersikap kasar
KETIKA orang melontarkan ucapan buruk, mereka tidak membalas dengan ucapan yang sama namun memaafkannya. Mereka sentiasa berkata yang baik, tidak terpengaruh oleh kejahilan pihak yang melakukan kejahatan kepada mereka.
Hamba Allah yang penyayang adalah insan pilihan dengan peribadi diharapkan. Mereka dinyatakan secara tersendiri dalam lembaran firman Allah dan mendapat pujian khusus dari-Nya. Bagaimanakah ciri hamba yang memiliki kedudukan mulia itu?
- Tawaduk iaitu rendah hati. Allah menggambarkan keadaan mereka dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Ialah) orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati.” (Surah al-Furqan, ayat 63)
Sifat pertama seorang hamba yang menyandang gelaran ‘ibadurrahman‘ adalah tawaduk. Mereka berjalan atas bumi ini dengan tenang dan ringan, tidak sombong dan tidak angkuh, tidak berjalan dengan sangat cepat yang menunjukkan sikap kasar, juga tidak berjalan dengan sangat perlahan yang menunjukkan sifat malas dan letih. Insan pilihan ini berjalan dengan ringan, penuh semangat, tekad, kelelakian dan jiwa muda.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan.” (Surah Luqman, ayat 19). Maknanya mereka bersederhana dalam semua urusan tidak berlebihan atau keterlaluan sekali.
Ibadurrahman berjalan di pelosok bumi untuk mencari rezeki dan tuntutan hidup dengan penuh kelembutan dalam batas yang diperkenankan Allah. Mereka tidak rakus, tamak, mensia-siakan kewajipan, melakukan hal yang diharamkan atau pun melakukan pembaziran.
Mereka teramat jauh daripada sikap keras, menghina orang lain, sombong, berbangga diri dan berbesar diri. Mereka tidak berbuat kerosakan di muka bumi, mencari ketinggian, lebih mendahulukan keuntungan dan bersenang-senang dengan kenikmatan kehidupan duniawi.
- Lemah lembut. Sifat lemah lembut dinyatakan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.” (Surah al-Furqan, ayat 63)
Inilah sifat mereka ketika orang bodoh melontarkan ucapan buruk, mereka tidak membalas dengan ucapan yang sama, namun memaafkannya. Malah mereka mampu menahan lisan dan emosi daripada bersikap sama seperti orang yang jahil.
Nabi SAW menjadi ikutan mereka. Diriwayatkan, “Satu ketika ada seorang Arab Badwi datang kepada Rasulullah dan berkata kasar, lalu kaum Muslimin marah dan ingin mengajarnya, namun hal itu dicegah oleh Baginda. Baginda membalas sikap kasar itu dengan kasih sayang dan lemah lembut.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)
- Banyak bersujud dan berdiri. Allah meneruskan gambaran peribadi ini dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka.” (Surah al-Furqan, ayat 64)
Allah menyebut hamba-Nya sebagai orang yang mencintai malam hari dengan melakukan ibadah. Mereka bangun saat orang sedang nyenyak tidur, waspada saat orang lengah, sibuk mengingati Rabb mereka, menggantungkan jiwa dan anggota badan mereka kepada-Nya.
Ketika orang lain terlena dan merasa mantap dengan kehidupan duniawi, mereka inginkan ‘Arsy ar-Rahman sebab mereka mengetahui bahawa ibadah di kegelapan malam dapat menjauhkan mereka dari sifat riak. Ibadah pada malam hari juga membangkitkan kebahagiaan di hati dan ketenangan bagi jiwa serta penerangan bagi penglihatan mereka.
Saat berdiri di hadapan Alah dan mengarahkan mereka kepada-Nya, mereka merasakan kelazatan dan kebahagiaan yang tidak terkira. Tiada lagi rasa manis setelah manisnya beribadah kepada Allah, bermesra, dan menjalinkan hubungan dengan-Nya. Melakukan qiamulail sifat asli ‘ibadurrahman. Allah menyebut mereka dengan sifat itu dalam banyak ayat dan menganjurkan para Nabi melakukan hal itu.
- Takutkan neraka. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang berkata, Ya Rabb kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azab itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.” (Surah al-Furqan, ayat 65-66)
Sekalipun ‘ibadurrahman sangat taat dan hari mereka dipenuhi dengan ketakwaan, namun sentiasa merasa amal dan ibadah mereka masih kurang. Mereka tidak melihat hal itu sebagai jaminan dan pemberi rasa aman daripada api neraka bila saja tidak mendapatkan curahan kurnia dan rahmat-Nya.
Sebab itu mereka selalu kelihatan takut, cemas dan khuatir dengan azab neraka jahanam. Mereka selalu memohon kepada Allah supaya menghindarkan mereka daripada azab neraka. Inilah sifat setiap mukmin yang bersungguh dalam berbuat taat kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang takut terhadap azab Rabbnya, kerana sesungguhnya azab Rabb mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).” (Surah al-Ma’arj, ayat 27-28)
Ibadurrahman juga tidak suka pembaziran. Syaitan selalu menyuruh berbuat keji dan mungkar tetapi hamba Allah akan bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap harta mereka, dari mana mereka peroleh dan kepada siapa mereka infakkan.
Mereka juga tidak pernah kikir terhadap diri sendiri dan keluarga, dalam erti bersedia memberikan hak untuk hal yang diwajibkan Allah kerana mengetahui Allah mencela sifat kikir serta bakhil.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.” (Surah al-Isra’, ayat 29)
Wednesday, March 17, 2010
Thought of the day: "Ingat Mati"
Sufyan Atstsauri jika ingat mati, maka ia tidak berbuat apa-apa sampai beberapa hari, bahkan jika ditanya masalahnya, ia hanya menjawab: “Tidak tahu.” Seorang hahim berkata: “Tiga macam yang tidak layak dilupakan oleh seorang yang sihat akalnya iaitu rosaknya dunia dan perubahan-perubahannya, dan maut, dan kerosakan-kerosakan apa yang didunia, yang tidak dapat dielakkan.”
Abu Hamid Allafaf berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu segera bertaubat dan terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadat. Sedangkan yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam juga iaitu menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat.”
Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Almautu rahitul mu’min (Yang bermaksud) “Mati itu bagaikan kenderaan seorang mukmin. Ibn Mas’ud r.a. berkata: Nabi Muhammad s.w.t. ditanya: “Siapakah mukmin yang utama dan yang manakah yang terkaya?” Rasullullah s.a.w. menjawab: “Yang terbaik budi akhlaknya, dan mukmin yang terkaya ialah yang banyak ingat mati dan baik persediaannya.”
Wednesday, March 10, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Wednesday, March 3, 2010
7 Golongan yang mendapat perlindungan 'Arash
Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulullah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulu1lah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru-haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.
Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.
Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perlindungan dihari kiamat.
Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.
Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.
Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.
Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak mengistihar sedekah dikhalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini, jikalau bersedekah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedekah, itu adalah unjuran agama, cuma bersedekah secara sirr (rahsia) adalah lebih baik.
Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.
Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.
Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.
la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.
P.S. Tazkirah semalam dari Ust Yussaine Yahya kat surau al-hidayah cerita bab ni, aku malas nak tulih, aku 'cut & paste' dari blog ni: http://refata.blogspot.com tanpa memohon kebenaran dari tuan blog. Walau bagaimana pun, aku harap pemberi tazkirah, penulis, pembaca, pengamal & diri sendiri mendapat nur hidayah dari Allah SWT.
Thursday, February 25, 2010
Beli ataih pengandaq
Dalam sebuah perkampungan yang damai lagi sejahtera, terdapat dua keluaga yang hidup berjiran, dua keluaga ini ada banyak persamaan, kedua-duanya beristeri, mempunyai cahaya-mata, memiliki ternakan dan tempat tinggal. Tapi, kelainan diantara dua jiran ini adalah taraf hidup mereka, Miskin dan kaya. Yang kaya memelihara sepasang lembu, yang pada pengamatannya, apabila lembu itu membiak tentulah ianya akan dapat menambahkan lagi kekayaannya. Keluarga miskin pula, mempunyai sepasang kuda hasil peninggalan kedua arwah ibu-bapanya.
Selang beberapa bulan, pada waktu yang sama, kedua-dua ternakan ini melahirkan anak, yang kaya mendapat anak lembu yang sihat, manakala yang miskin mendapat anak kuda yang cantik. Miskin dan kaya berasa sungguh gembira di atas kurniaan itu.
Besoknya, yang kaya tergerak hatinya untuk melihat anak kuda jirannya setelah diberitahu oleh isterinya akan kelahiran ternakan yang miskin. Kedatangan yang kaya telah diberi layanan seadanya oleh yang miskin. Setelah puas hati, yang kaya kembali ke rumahnya. Dalam pejalanan pulang, hatinya seakan terusik dengan apa yang telah dilihat tadi. Perasaan itu terbawa-bawa sehingga ke malam hari. Tak tertahan dengan jeritan batinnya, akhirnya yang kaya meluahkan perasaan kepada isterinya.
“Aku merasa amat tertarik hati sekali dengan anak kuda si miskin”
Isterinya membisu seribu bahasa kerana beliau amat arif sekali akan sifat suaminya yang tak pernah menerima sebarang pandangan atau pendapatnya sepanjang usia perkahwinan mereka. Melihat tiada reaksi daripada isterinya, yang kaya masuk ke bilik tidurnya. Sambil berbaring dan meletakkan tangan diatas dahinya, yang kaya terfikir alangkah baiknya kalau dia yang mempunyai anak kuda yang cantik itu. “Memang selayaknya anak kuda yang secantik menjadi milik aku, kerana orang kaya seperti aku, berhak kepada sesuatu yang cantik”. Yang kaya memerah otaknya mencari jalan untuk memiliki anak kuda tersebut sehingga ia terlena.
Paginya, yang kaya telah pergi untuk berjumpa yang miskin.
“Aku rasa kau telah tertukar anak lembu dengan ku” Kata yang kaya.
“Saya tidak faham akan perkataan mu, tuan” balas yang miskin.
“Ini anak lembu ku, bagaimana ia boleh berada disini?” sambil tangan yang kaya menuding kepada anak kuda yang miskin.
“Saya bertambah keliru, mana mungkin, inikan anak lembu saya, masakan tuan sudah tidak dapat membezakan diantara anak kuda dan lembu” kata yang miskin sambil digarunya kepala yang tidak gatal.
“Nampaknya kau ini yang sasau, tidak berguna aku bertengkar dengan orang miskin lagi bodoh, aku akan bawa masalah ini ke mahkamah, biar hakim yang bijaksana yang menentukannya” marah yang kaya sambil berjalan menuju ke mahkamah.
Hari perbicaraan pun tiba, perbicaran berlansung dengan kedua-dua miskin dan kaya memberi keterangan masing-masing.
“Inilah kali pertama saya mengadili kes yang sebegini rupa, amat pelik dan hairan sekali” celah tuan hakim.
“Saya tidak dapat membuat keputusan. Jadi, saya menangguhkan kes ini ke lain masa” tuan hakim menambah.
“Aku tidak puas hati, kenapa tuan hakim perlu menangguhkan kes ini, kenapa tiada keputusan hari ini” Sampuk yang kaya.
“Saya tidak dapat menghakimi kes ini sekarang kerana saya dating haid” jawab hakim.
“Hairan, bagaimana tuan hakim yang lelaki begini boleh datang haid, sedangkan haid hanya datang kepada orang perempuan sahaja” giliran yang kaya pula menggaru kepala yang tidak gatal.