Monday, November 8, 2010

Qada dan Qadar - Banjir Perlis, Kedah & Kelantan (Zulkaedah 1431H)

"TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN" - Khutbah Jumaat - 18 JANUARI 2008


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh kesungguhan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi semua laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa, kerana ketakwaan yang sebenar mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Jesteru, kita perlu menilai atau memuhasabah diri setiap hari semoga kita akan benar-benar mengikuti segala apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi laranganNya. Sesungguhnya, hanya orang-orang bertakwa sahaja yang akan mendapat perlindungan dari Allah SWT semasa di Padang Mahsyar kelak.
Para tetamu Allah yang mulia,
Jika kita melihat ujian Allah seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, kebakaran hutan dan juga gempa bumi, sebagai umat Islam, kita perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada makhlukNya. Setiap peristiwa yang berlaku, pastinya mempunyai iktibar yang perlu dikaji dan diteliti oleh umat manusia dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Segala peristiwa ini juga akan membawa kita merujuk kepada konsep beriman kepada qada’ dan qadar. Beriman kepada qada’ dan qadar bermaksud kita meyakini dengan sebenar-benarnya keyakinan bahawa Allah SWT penguasa alam semesta ini juga mengaturkan apa jua yang ada di dalam alam ini. Tiada suatu kuasa yang boleh menghalang Allah SWT dan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan kebijaksanaanNya.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 117 :
“Allah jualah yang pencipta langit dan bumi (dengan segala rupa keindahan). Dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka ia hanya berkata kepadanya : “Jadilah engkau, lalu jadilah ia”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Baru-baru ini, negara kita dan beberapa negara yang berhampiran seperti Bangladesh, Thailand, Indonesia dan Filipina telah dilanda banjir besar. Malah Musibah banjir yang berlaku baru-baru ini telah membawa kemusnahan harta benda, rumah dan juga tanam-tanama. Ini merupakan sesuatu yang ditentukan oleh Allah SWT. Sebagai hambaNya yang beriman dan bertakwa, kita perlu meyakini bahawa segala yang berlaku mempunyai pengajaran yang perlu dikaji oleh setiap orang yang mengaku beriman kepadaNya. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakan-rakan dan jiran tetangga kita sentiasa bersabar dengan apa yang berlaku dan terus berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan penuh rasa kesedaran serta menerimanya sebagai ketentuan Allah SWT .
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 156:
“(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bencana seperti banjir yang berlaku memberikan pengajaran kepada umat manusia untuk menilai semula apa yang dilakukannya di dunia ini. Malah proses untuk memperbaiki kerosakan dan kemusnahan serta membangunkan semula semua kemudahan sedia ada, adalah sesuatu yang sukar. Sering kali, perbelanjaan yang perlu di keluarkan oleh individu atau pihak kerajaan adalah tinggi dan kadangkala boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.
Kesabaran yang tinggi dalam menghadapi bencana perlu wujud pada dua pihak, iaitu :
Pertama - Kepada mereka yang ditimpa bencana. Sudah pasti rumah, peralatan-peralatan elektrik, kereta, perabot dan pakaian mereka telah musnah dan rosak. Mereka juga mungkin terpaksa dipindahkan ke pusat p emindahan banjir yang kadangkala dalam tempoh yang agak lama. Suasana di pusat-pusat pemindahan pastinya tidak selesa, tidak sama dengan rumah mereka sendiri. Musibah ini merupakan satu cabaran atau hanyalah satu ujian yang kecil di sisi Allah SWT kerana masih terdapat banyak lagi ujian-ujian yang perlu dilalui oleh manusia yang beriman. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 :
“Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Sampaikanlah berita gembira kepada kepada orang yang sabar”.
Apa yang diharapkan ialah, dengan masalah yang mereka lalui, mereka akan terus berusaha dengan lebih tekun, bersungguh-sungguh, berdoa serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka harus mempunyai amalan untuk sentiasa mengingati peringatan-peringatan daripada Allah SWT kerana semuanya adalah daripada Allah.
Kedua, kesabaran juga perlu ada kepada yang tidak terkena musibah atau bencana. Mereka yang selamat perlu bersyukur dan membantu rakan-rakan, saudara mara dan jiran tetangga mereka yang ditimpa bencana. Kita perlu terus membantu mereka dengan segala upaya yang ada pada kita. Mereka mungkin telah kehilangan segala-galanya seperti rumah, pakaian, makanan dan keperluan-keperluan asas lain. Kesusahan yang mereka alami perlu difahamai. Berikanlah mereka semangat dan harapan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Di sini kita perlu merujuk kepada konsep persaudaraan dalam sirah umat Islam di Madinah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW. Kita perlu melihat dan mengikuti amalan kebaikan dan pertolongan yang telah diberikan oleh golongan Ansar kepada golongan Muhajirin ketika di Madinah. Hubungan yang mulia dan akrab ini perlu di buktikan oleh umat Islam di negara ini, terutamanya apabila terdapat umat Islam yang ditimpa bencana saperti banjir, ribut dan kebakaran. Kesabaran yang berterusan ini amat diperlukan bagi membantu mereka yang ditimpa musibah. Malah dalam ajaran Islam, kita berkewajipan untuk membantu jiran tetangga kita yang hidup dalam kesusahan, terutamanya mereka yang seagama dengan kita, kerana ia adalah sebagai satu tuntutan dan bukti orang yang beriman kepada Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud :
“Bukanlah orang mukmin yang tidur kekenyangan sedang jiran di sebelahnya tidur kelaparan”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai kesimpulannya, dalam menghadapi bencana dan musibah, marilah kita menghayati prinsip keimanan kepada qada’ dan qadar yang menjadi asas kehidupan seorang mukmin ahli Alsunnah waljamaah. Setiap mukmin yang beriman kepada qada’ dan qadar akan merasa lapang dada dan merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa. Jika dia ditimpa kesusahan atau tidak tercapai apa yang dicita-citakan setelah dia berusaha dengan sebaik-baiknya, dia tidak sekali-kali menyesal atau merasa kecewa.
Jika seseorang itu diberikan nikmat, rahmat serta rezeki yang melimpah-ruah, mereka tidak akan terlalu gembira sehingga lupa dengan Allah SWT. Bagi mereka yang tidak ditimpa musibah, mereka akan terus bersyukur kepada Allah SWT dan akan membantu mereka yang tidak bernasib baik. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keihklasan dan memohon keredhaan daripada Allah SWT, kerana harat dan pendapatan yang diperolehinya di dunia ini, perlu dibelanjakan ke jalan Allah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
(Al-Hadiid:20)
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan), juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan), kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak”.

Tuesday, November 2, 2010

Word of the Day

First Lady[1] or First Gentleman is the unofficial title used in some countries for the spouse of an elected head of state. It is not normally used to refer to the spouse or partner of a prime minister or head of government.
Head of state is the common word used to refer to the individual or collective office that serves as the chief public representative of a monarchy, republic, federation, commonwealth or other kind of state. His or her role generally includes personifying the continuity and legitimacy of the state and exercising the political powers, functions and duties granted to the head of state in the country's constitution and laws.
A monarchy is a form of government in which all political power is absolutely or nominally lodged with an individual, known as a monarch ("single ruler"), or king (male), queen (female).

Keywords: Red color
http://en.wikipedia.org/