Tuesday, December 13, 2011

Free Gift

3 Wajah; Pandang Sahaja Dapat Pahala

Pertama: Wajah Ibu
Ibu merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Dari rahimnya kita dilahirkan. Dari air susunya kita dibesarkan. Insan yang tidak rasa jijik membersihkan najis dan kekotoran ketika kita masih anak-anak. Sanggup berjaga malam diatas kesakitan anaknya. Besarnya pengorbanan wanita bergelar ibu.. lantaran itu Allah memasukkan satu surah dalam Al-Quran yang di namakan Surah An-Nisa (Surah Perempuan). Kerana itu juga ada riwayat menyebut sesiapa yang memandang wajah ibunya sudah diberikan ganjaran pahala.

Kedua: Al-Quran
Memandang Al-Quran pun sudah mendapat pahala apa lagi membacanya. Kenapa kita tidak suka membaca Al-Quran sedangkan ia memberi cahaya kepada hati kita. Hati yang gelap, pekat disebabkan Quran begitu jauh dalam hidupnya. Bacalah Al-Quran setiap hari meskipun sebaris ayat nescaya hidup kita akan diberkati.

Ketiga: Memandang Kaabah
Sesiapa yang memandang Baitullah (kaabah) insyaallah akan mendapat pahala. Berusahalah untuk duduk sedekat mungkin dengan kaabah kerana itulah syiar umat Islam sejak zaman nabi Ibrahim lagi.

* Belajarlah dan teruslah belajar ilmu agama yang maha luas ini jangan jadi orang yang jahil dan bodoh sombong.

Friday, October 28, 2011

LATIHAN ROHANI DAN TAHAP YANG PERLU DITEMPUHI

TAKHALI
Membersihkan diri dari sifat-sifat yang tercela atau kekotoran hati, Allah swt berfirman: Q.S. As-Syamsi: 9-10

Ertinya: "Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu, dan sseungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya"

Sifat-sifat yang mengotori jiwa atau hati manusia adalah:-
1) Hasad - Iri hati
2) Haqad - Dengki / benci
3) Suu'zan - Buruk sangka
4) Kibir - Sombong/angkuh/bongkak
5) Ujub - Merasa sempurna dari orang lain
6) Riya' - Suka menunjuk-menunjuk kelebihan
7) Suma' - Mencari nama / kehormatan
8) Bukhul - Kedekut (kikir)
9) Hubbul mal - Kebendaan
10) Tafahur - Membanggakan diri
11) Ghadab - Pemarah
12) Ghibah - Mengumpat
13) Namimah - Mengata di belakang orang
14) Kizib - Dusta
15) Khianat - Munafik

Serta perlu membersihkan diri dari segala maksiat zahir, iaitu:
1) Mulut yang biasa ghibah / dusta.
2) Mata selalu biasa melihat yang haram.
3) Telinga yang biasa mendengar cakap kosong.
4) Hidung yang biasa menimbulkan rasa benci.
5) Tangan yang biasa mengambil hak orang
6) Kaki yang biasa berjalan membuat maksiat.
7) Kemaluan yang biasa bersyahwat / berzina (termasuk perut yang diisi makanan haram).

Bagaimana caranya untuk melakukan pembersihan diri dan jiwa atau hati supaya tersingkapnya tabir atau hijab yang menutupi atau membatasi diri dengan Allah ialah suci bersih diri dan jiwa dari segala kekotoran maksiat zahir dan batin.

Menurut Ahli Thariqat ada empat hijab perkara yang membatasikan diri dengan Allah dan untuk membukanya harus di tempuhi melalui empat perkara::-

1) Suci dari najis dan hadas.
2) Mensucikan diri dari dosa zahir, yang ada 7 anggota badan pembuat dosa zahir yang disebut maksiat.
3) Mensucikan diri dari dosa batin.
4) Mensucikan hati Robaniah.

Menakala ada tujuh pembuat dosa batin yang dinamakan tujuh lathaif yang harus dibersihkan

1. Lathifatul Qolbi
Di sini letaknya sifat-sifat syaitan, iblis, kekufuran, kemusyrikan, ketahayulan dan lain-lain, letaknya dua jari di bawah puting susu sebelah kiri, anda buat zikir sebanyak-banyaknya, Insya Allah pada tahap ini akan diganti dengan Iman, Islam, Ihsan, Tauhid dan Ma'rifat.

2. Lathifatul Roh
Di sini letaknya sifat bahimiah (binatang jinak) yang menuruti hawa nafsu, letaknya dua jari di bawah puting susu sebelah kanan, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diisi dengan khusyu' dan tawadhu'.

3. Lathifatus Sirri
Di sini letaknya sifat-sifat syabiah (binatang buas) iaitu sifat zalim atau aniaya, pemarah dan pendendam, letaknya dua jari di atas puting susu sebelah kiri, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diganti dengan sifat kasih sayang dan ramah tamah.

4. Lathifatul Khafi
Di sini letaknya sifat-sifat pendengki, khianat dan sifat-sifat syaitoniah, letaknya dua jari di atas puting susu sebelah kanan, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diganti dengan sifat-sifat syukur dan sabar.

5. Lathifatul Akhfa
Di sini letaknya sifat-sifat robbaniah iaitu riya', takabbur, ujub, suma' dan lain-lain, letaknya di tengah-tengah dada, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diganti dengan sifat-sifat ikhlas, khusyu', tadarrus dan tafakur.

6. Lathifatun Nafsun Natiqo
Di sini letaknya sifat-sifat nafsu amarrah banyak khayalan dan banyak angan-angan, letaknya tepat di antara dua kening, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diganti dengan sifat-sifat tenteram dan fikiran yang tenang.

7. Lathifah Kullu Jasad
Di sini letaknya sifat-sifat jahil "ghaflah" kebendaan dan kelalaian, letaknya di seluruh tubuh yang mengendalikan semua aliran darah kita yang terletak titik pusatnya tepat di tengah-tengah ubun-ubun kepala kita, anda buat zikir sebanyak-banyaknya Insya Allah akan diganti dengan sifat-sifat ilmu dan amal.

MENSUCIKAN HATI ROBBANIAH
Yang dimaksud Lathiful Qolbi disini bukanlah jantung jasmani akan tetapi "Lathifatul Robbaniah" adalah roh suci yang paling halus dan dialah yang memerintah dan mengaturkan anggota badan, induk dari lathifah-lathifah lain, dialah hakikat diri yang sebenarnya diri yang dapat mendekati Allah. Pada lathifah inilah tempatnya penilikkan Allah kepada diri manusia, oleh kerana itu pengenalan diri sendiri akan menjadi kuncinya mengenal Allah.

TAHALLI
Menghiasi atau mengisi diri dengan sifat-sufat yang terpuji dapat menyinari hati kita, Allah swt berfirman dalam Q.S. An-Nahl: 90 ;

"Bahawa sesungguhnya Allah memerintahkan (kamu) untuk berlaku adil dan membuat kebajikan, hidup kekeluargaan dan Allah melarang melakukan perbuatan yang keji, kemungkaran dan permusuhan. Bahawa Allah mengajarkan kepada kamu sekalian (asas-asas Akhlak) agar kamu sekalian menjadi pengajaran".

Sifat yang menyinari jiwa atau hati oleh kaum sufi di namakan sifat-sifat yang terpuji. Menurut Imam Ghozali dalam kitabnya "Arba'in fi Ushuli-Din" maka sifat-sifat yang terpuji itu antara lain ialah;
1. Taubat - menyesali diri dari perbuatan yang tercela
2. Khauf/Taqwa - perasaan takut kepada Allah
3. Ikhlas - niat dan amal yang tulus atau suci
4. Syukur - rasa terima-kasih
5. Zuhud - hidup sederhana
6. Sabar - tahan dari segala cubaan
7. Redha - bertenang diri menerima takdir Allah
8. Tawakkal - menggantungkan atau menyerahkan segala urusan pada Allah
9. Mahabbah - perasaan cinta pada Allah semata-mata
10. Zikrul-mahut - selalu mengingat mati.

http://puteri.synthasite.com/melatih-diri.php

10 Sifat Hati Yang Dicela Allah S.W.T

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Nabi juga pernah marah, Ikutlah cara nabi, biarlah kemarahan itu kerana tidak redha dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syara’. Sifat marah itu amat penting untuk membetulkan perkara yang tidak betul… bukan marah akibat ditegur kerana melakukan perkara yang tidak betul.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Demikianlah sepuluh sifat tercela yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam bukunya Penawar Bagi Hati. Kebanyakan sifat-sifat ini merupakan perbuatan yang terklasifikasi sebagai ‘syirik khafi’ iaitu perkara syirik yang tersembunyi. Sesungguhnya perbuatan syirik boleh menyebabkan terbatalnya iman.. na’udhubillahi min dhalik

http://w3.tbd.my/thread-8869.html

Wednesday, October 12, 2011

Candy, Chocolate, Sweets!

Empat perkara yang lebih baik kedudukannya
• Rasa malu pada lelaki adalah baik, namun rasa malu lebih baik jika ada pada wanita
• Adil ada setiap orang adalah baik, namun adil jika ada pada pemerintah adalah lebih baik
• Taubat orang tua adalah baik, namun taubat orang muda adalah lebih baik
• Bermurah hati pada orang kaya adalah baik, namun bermurah hati pada kaum fakir miskin adalah lebih baik
Empat perkara yang lebih buruk kedudukannya
• Perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang muda yang bodoh adalah buruk, tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua
• Sibuk dengan urusan duniawi oleh orang bodoh itu adalah buruk, tetapi lebih buruk lagi jika orang alim sibuk dengan urusan duniawi
• Malas beribadat orang awam adalah buruk tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat
• Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir berperangai sombong

Kaedah mencegah sifat riak, sombong & takbur
• Solat berjemaah
• Mencuci tandas, pinggan dan lain-lain (Allah sukakan kebersihan)
• Bersedekah

Kebaikan dan kelebihan Sedekah
Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.
Lima di dunia:
• Mencucikan hartanya
• Mencucikan badannya
• Menolak daripada penyakit
• Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
• Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya
Lima di akhirat:
• Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
• Ringan hisabnya
• Berat timbangan (amalan) di akhirat
• Mudah melalui titian siratulmustaqim
• Bertambah darjatnya di dalam syurga

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Monday, July 4, 2011

Bekal BERSIH

قال رجل يا رسول الله، إن لي جاراً يؤذيني، فقال: "انطلق. فأخرج متاعك إلى الطريق". فانطلق فأخرج متاعه، فاجتمع الناس عليه، فقالوا: ما شأنك؟ قال: لي جار يؤذيني، فذكرت للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "انطلق. فاخرج متاعك إلى الطريق" فجعلوا يقولون: اللهم! العنه، اللهمّ أخزه. فبلغه، فأتاه فقال: ارجع إلى منزلك، فوالله لا أوذيك.

Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiranku menyakitiku.” Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.” Maka lelaki itu pun pulang dan mengambil barang-barangnya lalu meletakannya di jalan. Maka orang ramai pun berkumpul di sekitarnya sambil bertanya, “Apa yang berlaku kepadamu?” Dia menjawab, “Jiranku menyakitiku lalu aku ceritakannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau pun berkata, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.”” Maka mereka (orang-orang di situ) pun berkata, “Ya Allah laknatilah dan hinalah dia.” Rupanya dalam masa yang sama perkara tersebut didengari oleh jirannya tersebut. Maka ia pun segera menemuinya dan berkata, “Kembalilah ke rumahmu, demi Allah aku tidak akan menyakitimu lagi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/56, no. 124. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tuesday, June 14, 2011

Promotion

http://mufti.perlis.gov.my/

Fatwa Terkini

Hukum Menggantung Kalimah Tertulis الله Dan محمد

E-mail Cetak PDF

1.   Menggantung kalimah lengkap Allah ‘Azza Wa Jalla ataupun Allah Jalla Jalaluh dan Muhammad Rasulullah Sallallah ‘Alaih Wa Sallam adalah diharuskan, sebaliknya jika tulisan itu boleh mengelirukan umum, seperti kalimah tunggal Allah dan Muhammad yang digantung segandingan, maka tidak diharuskan kerana ia mengandungi maksud muwazanah (menyama-taraf) yang mengelirukan.


2.    Menggantungkannya dengan maksud mengambil Barakah dan seumpama dengannya adalah diharuskan. Adapun jika dengan maksud istihza’ (mempersendakan), maka ia adalah diharamkan.   

------------------------------------------------------

       Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia”

E-mail Cetak PDF
Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:
 

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.   
--------------------------------
Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Wednesday, June 1, 2011

for those who in grey areas

it's not mandatory anyway..

Thursday, May 19, 2011