Thursday, December 26, 2013

Ambition

The One Motorcycle Show 2014. ITS COMING SOON! from See See Motor Coffee Co. on Vimeo.

Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

puasa hari kesembilan Muharam .
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
.

Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi

.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda :
Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
.

 Niat Puasa Sembilan Muharam

.
Niat Puasa Hari Tasu’a
.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
“Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
.

Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu`a


Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:

1.      Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

2.    Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja.  Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

3.    Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, Rasulullah melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith.  Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
 “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja.  Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.  Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Wednesday, October 9, 2013

Monday, September 30, 2013

JEWISH STAR

Aku ada beli Vans Old Skool Leather Black baru-baru ni, balik ride dalam hujan sampai rumah anak tegur " Abah nanti beli kasut baru tengok betui-betui.." Aku tanya anak aku "awat?" dia jawab "tu ada lambang yahudi" sambil tunjuk kesan tapak kasut basah. Aku blurr sat, pas tu aku jawab "tak pa.. dok bawah kasut, kita pijak yahudi hari-hari" dalam hati dok pikiaq 'celaka punya jew.. bulih terkena aku kali ni'
...Lain kali nak beli apa pun kena tengok betui-betui!!

Thursday, June 20, 2013

Sebarau

Tarikh: 11 Sha'ban 1434
Masa: 6.45 ptg
Lokasi: Lubang 16 Kolam Kelab Golf Putra
Umpan: Aussie Fav Ratt (nama sebenar dirahsiakan..)
Kekili: Penn 714Z
Rod: Ultralight
* Tangkapan pertama dalam diari pancingan peribadi.. Alhamdulillah

Monday, June 10, 2013

tasbih


Tuesday, May 7, 2013

Nasihat Ayahanda Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man


Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezeki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang-orang tua menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu-ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan-kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu,  jangan sesekali kamu mengkhianati mereka. Wahai anakku, Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar  mengingatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W. ”Apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya”. Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan. Wahai anaku, Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu. Wahai anakku, Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu. Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasih sayangNya.

Tuesday, April 30, 2013

TERJEMAHAN AL-QURAN

Surah 4, Al-Nisa’

58: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menghukumkan antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan tunjuk-ajar yang sebaik-baiknya untuk kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).

59: Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu. Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang paling elok dan (ianya) kesudahan yang paling baik.

Tuesday, April 23, 2013

PRU-13


Saturday, March 2, 2013

Lumut ride

 Start: 22/2, 8am, Perlis Power Plant
 Gurun R&R
 Geng Lumut
 Go-kart Lumut vs Perlis Power
 Finish: 23/2, 8am, Marina Homestay Manjung
 Geng GET
Famous Sitiawan riverside breakfast stall

Monday, February 18, 2013

Wednesday, February 13, 2013

Phuket 恭禧發財 Ride 2013

Sarasin bridge that joins Phuket with mainland Thailand

Kata-Karon Viewpoint

                                                Phuket Nightlife - HOT SOI BANGLA

Friday, January 18, 2013

Selawat al-Anwar

Sempena hari Jumaat di bulan Rabiulawal yang penuh keberkatan, marilah kita memperbanyak mengucapkan selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Dikongsikan di sini Selawat al-Anwar oleh Sidi Ahmad Badawi.


selawat al-anwar

Ya Allah, selawat buat cahaya sekalian cahaya,
rahsia segala rahsia, penawar sekaliannya,
pembuka pintu kemudahan,

Sayyidina Muhammad yang terpilih,
kerabat baginda yang suci, para sahabat yang terbaik,
terhitung segala nikmat Allah jua anugerah-Nya.