Wednesday, March 17, 2010
Thought of the day: "Ingat Mati"
Sufyan Atstsauri jika ingat mati, maka ia tidak berbuat apa-apa sampai beberapa hari, bahkan jika ditanya masalahnya, ia hanya menjawab: “Tidak tahu.” Seorang hahim berkata: “Tiga macam yang tidak layak dilupakan oleh seorang yang sihat akalnya iaitu rosaknya dunia dan perubahan-perubahannya, dan maut, dan kerosakan-kerosakan apa yang didunia, yang tidak dapat dielakkan.”
Abu Hamid Allafaf berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu segera bertaubat dan terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadat. Sedangkan yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam juga iaitu menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat.”
Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Almautu rahitul mu’min (Yang bermaksud) “Mati itu bagaikan kenderaan seorang mukmin. Ibn Mas’ud r.a. berkata: Nabi Muhammad s.w.t. ditanya: “Siapakah mukmin yang utama dan yang manakah yang terkaya?” Rasullullah s.a.w. menjawab: “Yang terbaik budi akhlaknya, dan mukmin yang terkaya ialah yang banyak ingat mati dan baik persediaannya.”
Wednesday, March 10, 2010
Tuesday, March 9, 2010
Wednesday, March 3, 2010
7 Golongan yang mendapat perlindungan 'Arash
Lalu Saidatina Aisyah bertanya Rasulullah: "Tidakkah mereka malu!" Lalu Rasulu1lah gambarkan bahawa mereka tidak sempat untuk mengambil tahu tentang keadaan diri mereka kerana betapa huru-haranya hari tersebut. Di dunia jika air banjir, bumi tengggelam tetapi di mahsyar peluh manusia membanjirinya, Bagaimanapun air peluh ini, bergantung kepada amalan manusia.
Walaupun duduk ditempat yang sama tetapi ini adalah kuasa Allah S.W. T. Kepanasan itu dapat dilindungi dengan naungan Allah. Oleh itu didapati hanya tujuh golongan sahaja yang dapat perlindungan Allah ini.
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
”Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil. Kerajaan yang adil (pemimpin yang adil), melaksanakan keadilan ketika melaksanakan tugasnya mentadbir negeri atau negara; Pemimpin sedemikian adalah orang yang pertama dilindungi dari pancaran cahaya matahari di mahsyar.
Golongan kedua ialah pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah. Sejak kecil lagi ditarbiyyah dengan ibadat kepada Allah. cuba kita gambarkan anak-anak muda hari ini (dalam Negeri kita sendiri). Kehidupan anak muda hari ini amat membimbangkan, mereka diserang oleh budaya yang menyesatkan. Hampir tidak ada kampung yang selamat dari budaya dadah. Alangkah baiknya kalau perubahan berlaku dengan kerjasama dari berbagai pihak. Bagaimanakah caranya kita melahirkan pemuda yang beriman? Jadi tanggung-jawab kerajaan, ibu bapa dan pendidik. Mereka dibesarkan di kalangan ibu bapa mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan bersih (Fitrah atau Islam), Tetapi kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."Jika namanya tetap Islam pun, perangainya macam Yahudi, Yahudi dari segi urus niaga dengan riba', Mereka mengama1kan budaya Yahudi. Bagaimanapun pendidikan dan pentadbiran adalah tanggungjawab kerajaan, Oleh itu amatlah bertuah kalau kita berjaya mendidlk rakyat khususnya pemuda menjadi orang beriman. Mereka mendapat perlindungan dihari kiamat.
Golongan ketiga ialah lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid. Dia buat jadual untuk ke masjid melaksanakan ibadat solat, dengar nasihat imam dan nasihat agama.
Golongan keempat dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Berkasih sayang kerana cinta tidak tahu hujung pangkal dan berteraskan hawa nafsu, tidak mendapat perlindungan Arasy. Ada juga orang berkasih sayang kerana harta benda dan sebagainya tetapi yang mendapat perlindungan Arasy hanya orang yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah.
Golongan kelima ialah seorang lelaki digoda oleh seorang wanita yang berkedudukan dan berharta dalam masyarakat serta rupawan lalu lelaki berkenaan menolak pelawaan perempuan itu kerana takutkan Allah. Begitu juga seorang wanita yang digoda oleh seorang lelaki walaupun dijanjikan dengan ganjaran lumayan dan tawaran istimewa tetapi dia menolak tawaran itu kerana takutkan Allah.
Golongan keenam ialah seorang lelaki dermawan, menghulurkan bantuan kepada orang susah tetapi menyembunyikan amalannya seolah-olah tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Ertinya dia tidak mengistihar sedekah dikhalayak ramai dengan menunjukkan replika cek besar-besaran supaya orang ramai mengetahuinya. Dengan itu dia akan mendapat pujian orang. Tetapi dalam permasalahan ini, jikalau bersedekah secara terang-terangan tetapi dgn niat untuk menggalakkan org lain juga berlumba2 bersedekah, itu adalah unjuran agama, cuma bersedekah secara sirr (rahsia) adalah lebih baik.
Golongan terakhir iaitulah golongan ketujuh, seorang lelaki atau perempuan yang berzikir sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain kecuali malaikat Allah.
Zikir ini amat luas maknanya, termasuklah kita meneliti fail-fail kerja pentadbiran tetapi tidak sampai matlamatnya , lalu dia menitiskan air mata merasakan kerdil dirinya dan merasai betapa Agung dan hebatnya Allah.
Kesimpulannya bahawa manusia perlu mendapat perlindungan arasy atau dengan kata lain mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat ketika huru-hara hebat berlaku di padang mahsyar.
la bergantung kepada amalan seseorang itu, sejauh mana ia menjadi pemimpin yang adil, sejauh mana menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa beribadat kepada-Nya, sejauh mana berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah, sejauh mana pergantungan hati kepada masjid dan perkara lain yang disebut di dalam hadith ini, dilaksanakan oleh kita semua. Oleh itu kita mestilah muhasabah diri, adakah kita tergolong di kalangan mereka berkenaan. Jika ada kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas segala petunjuk yang dikurniakan kepada kita. Jika tidak, kita hendaklah berusaha sedaya upaya kita supaya tergolong di kalangan mereka yang mendapat perlindungan itu di hari tiada pelindung yang boleh menyelamatkan diri darinya melainkan perlindungan Allah S.W.T.
P.S. Tazkirah semalam dari Ust Yussaine Yahya kat surau al-hidayah cerita bab ni, aku malas nak tulih, aku 'cut & paste' dari blog ni: http://refata.blogspot.com tanpa memohon kebenaran dari tuan blog. Walau bagaimana pun, aku harap pemberi tazkirah, penulis, pembaca, pengamal & diri sendiri mendapat nur hidayah dari Allah SWT.
Thursday, February 25, 2010
Beli ataih pengandaq
Dalam sebuah perkampungan yang damai lagi sejahtera, terdapat dua keluaga yang hidup berjiran, dua keluaga ini ada banyak persamaan, kedua-duanya beristeri, mempunyai cahaya-mata, memiliki ternakan dan tempat tinggal. Tapi, kelainan diantara dua jiran ini adalah taraf hidup mereka, Miskin dan kaya. Yang kaya memelihara sepasang lembu, yang pada pengamatannya, apabila lembu itu membiak tentulah ianya akan dapat menambahkan lagi kekayaannya. Keluarga miskin pula, mempunyai sepasang kuda hasil peninggalan kedua arwah ibu-bapanya.
Selang beberapa bulan, pada waktu yang sama, kedua-dua ternakan ini melahirkan anak, yang kaya mendapat anak lembu yang sihat, manakala yang miskin mendapat anak kuda yang cantik. Miskin dan kaya berasa sungguh gembira di atas kurniaan itu.
Besoknya, yang kaya tergerak hatinya untuk melihat anak kuda jirannya setelah diberitahu oleh isterinya akan kelahiran ternakan yang miskin. Kedatangan yang kaya telah diberi layanan seadanya oleh yang miskin. Setelah puas hati, yang kaya kembali ke rumahnya. Dalam pejalanan pulang, hatinya seakan terusik dengan apa yang telah dilihat tadi. Perasaan itu terbawa-bawa sehingga ke malam hari. Tak tertahan dengan jeritan batinnya, akhirnya yang kaya meluahkan perasaan kepada isterinya.
“Aku merasa amat tertarik hati sekali dengan anak kuda si miskin”
Isterinya membisu seribu bahasa kerana beliau amat arif sekali akan sifat suaminya yang tak pernah menerima sebarang pandangan atau pendapatnya sepanjang usia perkahwinan mereka. Melihat tiada reaksi daripada isterinya, yang kaya masuk ke bilik tidurnya. Sambil berbaring dan meletakkan tangan diatas dahinya, yang kaya terfikir alangkah baiknya kalau dia yang mempunyai anak kuda yang cantik itu. “Memang selayaknya anak kuda yang secantik menjadi milik aku, kerana orang kaya seperti aku, berhak kepada sesuatu yang cantik”. Yang kaya memerah otaknya mencari jalan untuk memiliki anak kuda tersebut sehingga ia terlena.
Paginya, yang kaya telah pergi untuk berjumpa yang miskin.
“Aku rasa kau telah tertukar anak lembu dengan ku” Kata yang kaya.
“Saya tidak faham akan perkataan mu, tuan” balas yang miskin.
“Ini anak lembu ku, bagaimana ia boleh berada disini?” sambil tangan yang kaya menuding kepada anak kuda yang miskin.
“Saya bertambah keliru, mana mungkin, inikan anak lembu saya, masakan tuan sudah tidak dapat membezakan diantara anak kuda dan lembu” kata yang miskin sambil digarunya kepala yang tidak gatal.
“Nampaknya kau ini yang sasau, tidak berguna aku bertengkar dengan orang miskin lagi bodoh, aku akan bawa masalah ini ke mahkamah, biar hakim yang bijaksana yang menentukannya” marah yang kaya sambil berjalan menuju ke mahkamah.
Hari perbicaraan pun tiba, perbicaran berlansung dengan kedua-dua miskin dan kaya memberi keterangan masing-masing.
“Inilah kali pertama saya mengadili kes yang sebegini rupa, amat pelik dan hairan sekali” celah tuan hakim.
“Saya tidak dapat membuat keputusan. Jadi, saya menangguhkan kes ini ke lain masa” tuan hakim menambah.
“Aku tidak puas hati, kenapa tuan hakim perlu menangguhkan kes ini, kenapa tiada keputusan hari ini” Sampuk yang kaya.
“Saya tidak dapat menghakimi kes ini sekarang kerana saya dating haid” jawab hakim.
“Hairan, bagaimana tuan hakim yang lelaki begini boleh datang haid, sedangkan haid hanya datang kepada orang perempuan sahaja” giliran yang kaya pula menggaru kepala yang tidak gatal.
Tuesday, February 23, 2010
Tenggiri Yan 2005



Ni cerita lama, selongkaq folder lama nak clear space jumpa memori dulukala, mai semangat balik la.. aku ingat Mac 2010 ni nak mola balik la kerja ni, tu pun kalau ada kaki mau ikut la.. kalau x dak, pakai p batu hampaq la jugak jawabnya (beli temenung reput)








