Friday, October 28, 2011

10 Sifat Hati Yang Dicela Allah S.W.T

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan. Nabi juga pernah marah, Ikutlah cara nabi, biarlah kemarahan itu kerana tidak redha dengan sesuatu perkara yang bertentangan dengan syara’. Sifat marah itu amat penting untuk membetulkan perkara yang tidak betul… bukan marah akibat ditegur kerana melakukan perkara yang tidak betul.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Demikianlah sepuluh sifat tercela yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam bukunya Penawar Bagi Hati. Kebanyakan sifat-sifat ini merupakan perbuatan yang terklasifikasi sebagai ‘syirik khafi’ iaitu perkara syirik yang tersembunyi. Sesungguhnya perbuatan syirik boleh menyebabkan terbatalnya iman.. na’udhubillahi min dhalik

http://w3.tbd.my/thread-8869.html

Wednesday, October 12, 2011

Candy, Chocolate, Sweets!

Empat perkara yang lebih baik kedudukannya
• Rasa malu pada lelaki adalah baik, namun rasa malu lebih baik jika ada pada wanita
• Adil ada setiap orang adalah baik, namun adil jika ada pada pemerintah adalah lebih baik
• Taubat orang tua adalah baik, namun taubat orang muda adalah lebih baik
• Bermurah hati pada orang kaya adalah baik, namun bermurah hati pada kaum fakir miskin adalah lebih baik
Empat perkara yang lebih buruk kedudukannya
• Perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang muda yang bodoh adalah buruk, tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua
• Sibuk dengan urusan duniawi oleh orang bodoh itu adalah buruk, tetapi lebih buruk lagi jika orang alim sibuk dengan urusan duniawi
• Malas beribadat orang awam adalah buruk tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat
• Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir berperangai sombong

Kaedah mencegah sifat riak, sombong & takbur
• Solat berjemaah
• Mencuci tandas, pinggan dan lain-lain (Allah sukakan kebersihan)
• Bersedekah

Kebaikan dan kelebihan Sedekah
Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.
Lima di dunia:
• Mencucikan hartanya
• Mencucikan badannya
• Menolak daripada penyakit
• Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
• Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya
Lima di akhirat:
• Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
• Ringan hisabnya
• Berat timbangan (amalan) di akhirat
• Mudah melalui titian siratulmustaqim
• Bertambah darjatnya di dalam syurga

Friday, July 8, 2011

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Monday, July 4, 2011

Bekal BERSIH

قال رجل يا رسول الله، إن لي جاراً يؤذيني، فقال: "انطلق. فأخرج متاعك إلى الطريق". فانطلق فأخرج متاعه، فاجتمع الناس عليه، فقالوا: ما شأنك؟ قال: لي جار يؤذيني، فذكرت للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "انطلق. فاخرج متاعك إلى الطريق" فجعلوا يقولون: اللهم! العنه، اللهمّ أخزه. فبلغه، فأتاه فقال: ارجع إلى منزلك، فوالله لا أوذيك.

Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiranku menyakitiku.” Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.” Maka lelaki itu pun pulang dan mengambil barang-barangnya lalu meletakannya di jalan. Maka orang ramai pun berkumpul di sekitarnya sambil bertanya, “Apa yang berlaku kepadamu?” Dia menjawab, “Jiranku menyakitiku lalu aku ceritakannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau pun berkata, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.”” Maka mereka (orang-orang di situ) pun berkata, “Ya Allah laknatilah dan hinalah dia.” Rupanya dalam masa yang sama perkara tersebut didengari oleh jirannya tersebut. Maka ia pun segera menemuinya dan berkata, “Kembalilah ke rumahmu, demi Allah aku tidak akan menyakitimu lagi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/56, no. 124. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tuesday, June 14, 2011

Promotion

http://mufti.perlis.gov.my/

Fatwa Terkini

Hukum Menggantung Kalimah Tertulis الله Dan محمد

E-mail Cetak PDF

1.   Menggantung kalimah lengkap Allah ‘Azza Wa Jalla ataupun Allah Jalla Jalaluh dan Muhammad Rasulullah Sallallah ‘Alaih Wa Sallam adalah diharuskan, sebaliknya jika tulisan itu boleh mengelirukan umum, seperti kalimah tunggal Allah dan Muhammad yang digantung segandingan, maka tidak diharuskan kerana ia mengandungi maksud muwazanah (menyama-taraf) yang mengelirukan.


2.    Menggantungkannya dengan maksud mengambil Barakah dan seumpama dengannya adalah diharuskan. Adapun jika dengan maksud istihza’ (mempersendakan), maka ia adalah diharamkan.   

------------------------------------------------------

       Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia”

E-mail Cetak PDF
Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:
 

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.   
--------------------------------
Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Wednesday, June 1, 2011

for those who in grey areas

it's not mandatory anyway..