Wednesday, October 9, 2013

Taubat & Doa

Dr MAZA

Monday, September 30, 2013

JEWISH STAR

Aku ada beli Vans Old Skool Leather Black baru-baru ni, balik ride dalam hujan sampai rumah anak tegur " Abah nanti beli kasut baru tengok betui-betui.." Aku tanya anak aku "awat?" dia jawab "tu ada lambang yahudi" sambil tunjuk kesan tapak kasut basah. Aku blurr sat, pas tu aku jawab "tak pa.. dok bawah kasut, kita pijak yahudi hari-hari" dalam hati dok pikiaq 'celaka punya jew.. bulih terkena aku kali ni'
...Lain kali nak beli apa pun kena tengok betui-betui!!

Thursday, June 20, 2013

Sebarau

Tarikh: 11 Sha'ban 1434
Masa: 6.45 ptg
Lokasi: Lubang 16 Kolam Kelab Golf Putra
Umpan: Aussie Fav Ratt (nama sebenar dirahsiakan..)
Kekili: Penn 714Z
Rod: Ultralight
* Tangkapan pertama dalam diari pancingan peribadi.. Alhamdulillah

Monday, June 10, 2013

tasbih


Tuesday, May 7, 2013

Nasihat Ayahanda Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man


Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezeki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang-orang tua menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu-ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan-kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu,  jangan sesekali kamu mengkhianati mereka. Wahai anakku, Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar  mengingatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W. ”Apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya”. Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan. Wahai anaku, Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu. Wahai anakku, Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu. Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasih sayangNya.

Tuesday, April 30, 2013

TERJEMAHAN AL-QURAN

Surah 4, Al-Nisa’

58: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menghukumkan antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan tunjuk-ajar yang sebaik-baiknya untuk kamu. Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).

59: Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu. Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang paling elok dan (ianya) kesudahan yang paling baik.