Monday, December 28, 2009

SAHAM AKHIRAT

SUMBANGAN IKHLAS ANDA AMAT DIALU-ALUKAN

1) Bagi sumbangan tertentu (Pendawaian Elektrik, P.A System, Karpet, dll) - Sila nyatakan pada waktu sumbangan

2) Bagi sumbangan keseluruhan, bolehlah berhubung dengan saya


Allah Ta’ala berfirman:
” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ” .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

“Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}


RasulAllah SAW bersabda:
" Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain” - Riwayat Bukhari dan Muslim

Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah “. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya

SAHAM AKHIRAT

Assalamualaikum. Sumbangan derma
tuan/puan adalah dialu-alukan untuk tabung pembiayaan Surau Al-Hidayah, Padang Kota, Perlis. Semua sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun 10901300011708 RHB . Wassalam.

1 comment:

Use-re said...

jazakallah kepada saudara Adam Tan di atas sumbangan yang telah anda lakukan, semoga Allah membalas jasa anda.